Rabu, 16 Januari 2013

KEGIATAN DAN INFO SEMASA


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN

KAMPONG LAMBAK ‘B’, 24 Disember 2012

Satu majlis bagi penyampaian Sijil Lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ telah diadakandi rumah Awang Haji Nordin bin Buyong, No. 30, Simpang 281, Kampong Lambak ‘B’, Mukim Berakas ‘A’.


YB Tetamu Kehormat menerima cenderahati dari Ketua Kampong Lambak ‘B’, Pengerusi Jawatankuasa MPK Lambak ‘B’.
Sebagai Tetamu Kehormat pada majlis tersebut Yang Berhormat  Awang Haji A. Ahmad Hussain, Penghulu Mukim Berakas ‘A’.  Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-fatihah dan seterusnya doa yang disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Yusof bin Pg Salimin.

Mejar (B) Awang Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab, Ketua Kampong Lambak ‘B’ selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ telah menyampaikan ucapan alu-aluan, antara lain beliau mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tetamu Kehormat atas kesudian beliau hadir dan menyempurnakan penyampaian Sijil Lantikan tersebut.  Beliau juga seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Awang Haji Nordin Buyong, tuan rumah kerana bermurah hati bagi rumah beliau dipergunakan sebagai tempat mengadakan majlis tersebut.

Pengerusi juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ kerana meluangkan masa untuk hadir dan seterusnya menerima Sijil Lantikan tersebut.

Sebelum bersurai Yang Berhormat Tetamu Kehormat dan yang hadir dipersilakan menikmati jamuan.  Seterusnya selesai Majlis Perundingan Kampong Lambak ’B’ majlis muzakarah bagi membincangan beberapa kegiatan seperti yang terdapat dalam Kalendar Kegiatan Sepanjang Tahun 2013 nanti.












Yang Berhormat Awang Haji A.Ahmad bin Husain, Penghulu Mukim Berakas ‘A’ bergambar ramai dengan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’


Sebahagian dari Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampon g Lambak ‘B’ menerima Sijil Lantikan bagi Sesi 2012-2017


Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ yang menerima Sijil Lantikan adalah seperti berikut:

1.     PENGERUSI :  Yang Mulia Mejar (B) Haji Md Jair bin Haji Abd Wahan, Ketua Kampong Lambak ‘B’;
2.     TIMBALAN PENGERUSI : Yang Mulia Awang Haji Nordin bin Buyong
3.     SETIAUSAHA : Yang Mulia Pengiran Jofri bin Pg Hj Zaidi;
4.     BENDAHARI : Yang Mulia Pg Haji Md Yusof bin Pg Salimin;
5.     PENOLONG SETIAUSAHA : Yang Mulia Haji Duming @ Haji Domeng bin Haji Abdul Wahab;
6.     AHLI-AHLI :
6.1.        Yang Mulia Awang Haji Tuah bin Haji Apong
6.2.        Yang Mulia Pg Hj Md Yusra bin Pg Haji Md Yusof
6.3.        Yang Mulia Awang Lim Tian Poh
6.4.        Yang Mulia Awang Chong Yun Ming
6.5.        Yang Mulia Awang Hj Mohd Don bin Hj Samat
6.6.        Yang Mulia Awang Nazri bin Haji Mantin
6.7.        Yang Mulia Dayang Hajah Masnah bt Norshahbudin
6.8.        Yang Mulia Dayang Hajah Masni bt Hj Besar
6.9.        Yang Mulia Dayang Muzdalipah bt Haji Abd Rakib
6.10.      Yang Mulia Dayang Hajah Menlah bt Haji Abas
6.11.      Yang Mulia Dayang Siti Amidah bt Norshahbudin
6.12.     Yang Mulia Dayang Hajah Siri Zairani bt Haji Muhammadd Jair



permuzakarahan


KAMPONG LAMBAK ‘B’, 24 Disember 2012

          Sebaik sahaja usai Majlis Penyampaian sijil Lantikan, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ meneruskan permuzakarahan berhubung dengan Kalendar Kegiatan bagi Tahun 2013.  Cabutan dari hasil permuzakarahan tersebut adalah antaranya seperti berikut:

1.
       Perjumpaan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ diteruskan dengan perbincangan beberapa perkara yang berkaitan dengan kegiatan sepanjang tahun 2013.  Sebelum permuzakarahan, bacaan Surah al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Pg Hj Md Yusof bin Pg Salimin.

2.
      Sebelum permuzakarahan dimulakan, Ketua Kampong selaku Pengerusi terlebih dahulu menyampaikan ucapan terima kasih kepada Awang Haji Nordin bin Buyong, Timbalan Pengerusi yang telah bermurah hati membenarkan rumah beliau digunakan untuk majlis tersebut.  Seterusnya beliau juga menyentuh mengenai dengan kunjungan Panel Hakim bagi Anugerah Kampong Cemerlang pada 6 November 2012 yang lalu dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Ahli-Ahli.  Beliau juga menyatakan beberapa perkara yang ditimbulkan di dalam penilaian tersebut patutlah diambil perhatian dan melaksanakan mana-mana yang termampu misalnya yang berhubung dengan peranan informasi teknologi melalui internet seperti facebook, twitter dan blog kerana perkara ini dapat membarigakan info dan kegiatan semasa di Kampong ini.  Begitu juga hal-hal berkaitan dengan kegiatan sukan, perekonomian dan lain-lain adalah juga perlu ditinjau dan dihalusi bagi sebarang kemungkinan kita dapat melibatkan diri didalamnya.

CARTA KALENDAR KEGIATAN BAGI TAHUN 2013


 
3.
         Anugerah Kampong Cemerlang.  Pada 6 November 2012 yang lalu Panel Hakim bagi Anugerah Kampong Cemerlang telah membuat penilaian Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’.  Dalam penilaian tersebut MPK Lambak ‘B’ telah menyampaikan penyampaian taklimat dengan menggunakan powerpoint.  Dalam penutupan taklimat itu pendirian Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ antara lain menegaskan bahawa ‘Anugerah Kampong Cemerlang bukanlah sebagai matlamat, tetapi keberkesanan institusi Ketua Kampong dan peranan Majlis Perundingan Kampong sebagai sebuah institusi yang dapat mengangkat hasrat Kerajaan dan dapat melahirkan kepimpinan akar umbi yang produktif dan berkualiti dan sebagai pemangkin kepada kemajuan kampong dan warganya sentiasa hidup di dalam keadaan yang rukun dan sejahtera.’ Walau bagaimanapun, beberapa saranan yang diberikan oleh Panel Hakim akan dibuat tindakan yang bersesuaian sesuai dengan kemampuan.

4.
      Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassalam 1434/2013.  Pengerusi memaklumkan bahawa Perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi SAW akan diadakah pada 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 sementara Majlis Dikir selama 12 malam berturut-turut akan diadakan mulai 12 Januari hingga 23 Januari 2013.  Pengerusi berharap mana-mana Ahli MPK Kampong Lambak ‘B’ yang mempunayai keluangan masa apalah kiranya akan dapat menyertai perarakan itu nanti dan di samping itu juga dapat meluangkan masa untuk sama-sama menyemarakkan majlis dikir yang diadakan tiap-tiap malam selama 12 malam  di masjid-masjid.

5.
      Sebagai langkah dalam penyertaan Anugerah Kampong Cemerlang, inisiatif Ahli-Ahli MPK untuk membuat tinjauan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kediaman masing-masing dan menghadapkan laporan perkara-perkara yang difikirkan untuk diteliti oleh MPK dan diambil tindakan yang bersesuaian mengenainya.  Peninjauan/lawatan kawasan-kawasan yang difikirkan perlu untuk diteliti itu boleh dilaksanakan sama ada secara berkumpulan dan perseorangan.

6.
      Berkaitan dan akitiviti khususnya yang menggunakan kewangan, hendaklah disediakan kertas-cadangan jumlah bajet yang diperlukan dan hendaklah dihadapkan ke MPK untuk dipanjangkan ke Jabatan Daerah Brunei dan Muara bagi mendapatkan bantuan peruntukan.

7.
     Majlis juga mengambil maklum mengenai dengan sungutan mengenai dengan penggunaan elektrik pra-bayar yang rata-rata menyatakan kadar yang agak tinggi jika dibandingkan dengan penggunaan bermeter.  Majlis mengambil maklum dan akan cuba menghadapkan permasalahan ini kepada pihak yang berkenaan.

8.
      Majlis juga meminta kepada Biro-Biro yang telah dibentuk untuk menyediakan kertas-rancangan bulanan masing-masing bagi tindakan yang bersesuaian dan mana-mana yang difikirkan MPK berkemampuan melaksanakannya.

9.
      Majlis mengambil perhatian mengenai dengan masalah air yang bertakung di jalan masuk ke Perkuburan Islam Lambak dan akan menyampaikan permasalahan itu kepada pihak-pihak yang berkaitan.


10.

        Sebagai langkah menyahut saranan dari Panel Hakim Anugerah Kampong Cemerlang yang berkaitan dengan Informasi Teknologi, MPK Lambak ‘B’ telah menyediakan cadangan rangka produk blog yang dihasratkan dapat menyebarkan sebarang rancangan, kegiatan dan maklumat semasa Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ yang bertajuk ‘WELCOME TO MPK LAMBAK ‘B’ MUKIM BERAKAS ‘A’.  Oleh kerana produk ini masih dalam rangka proses ‘under project’, maka adalah diharapkan Ahli-Ahli akan dapat  membuat sebarang ulasan, cadangan/saranan, Ahli-Ahli bolehlah melayari jaringan di sesawang “mpklambakb.blogspot.com/”.  Sebarang ulasan, cadangan dan saranan untuk memperbaiki dan mengemaskini blog yang masih dalam proses ‘under project’, Ahli-Ahli bolehlah menghadapkannya kepada Pengerusi.  Manakala mengenai dengan facebook dan twitter, perkara tersebut akan diteliti keberkesanannya terlebih dahulu sebelum digunapakai.

       Mengenai dengan blog ini, jika rangka produk yang disediakan itu dipersetujui dan dapat memenuhi hasrat untuk menyampaikan apajua sebarang maklumat mengenai dengan aktiviti dan info semasa MPK Lambak ‘B’, majlis bersetuju pada dasarnya untuk melancarkan secara rasmi blog berkenaan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan