Selasa, 29 Januari 2013

INFO SEMASA

KERATAN AKHBAR MEDIA PERMATA 29 JANUARI 2013


 MPK Lambak B adakan mesyuarat persiapan Hari Kebangsaan
Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman



Sesi bergambar ramai MPK Kampung Lambak 'B'. Duduk di tengah Ketua Kampung Mejar (B) Awang Haji Mohammad Jair.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jan - Majlis Perundingan Kampung Lambak B mengadakan mesyuarat bagi persediaan menyambut Hari Kebangsaan kali ke 29 bertempat RBL Komplek Hambley Hill Restaurant.

Ketua Kampung Lambak B Mejar (B) Awang Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab, yang mempengerusikan mesyuarat tersebut dalam ucapannya berkata, Kampung Lambak B diberi kepercayaan jadi tuan rumah acara menaikkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke 29 bagi Mukim Berakas A tahun 2013.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama semua pihak terutama para AJK, MPK Lambak B serta persatuan PIBG Sekolah Rendah Dato Maha Wangsa Lambak, menyumbang tenaga menjayakan acara itu nanti.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah wakil PIBG Sekolah Rendah Dato Maha Wangsa Lambak Awang Muhd Murni Ilham bin Abdullah, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Lambak, Persatuan Pembekal, kumpulan dari Kampung-kampung Lambak A STKRJ, Kampung Lambak Kiri, Kampung Pencha Delima/Anggerek Desa serta Kumpulan Wanita Pengiran Rashidah.

Menurut Mejar (B) Awang Haji Mohammad, upacara menaikkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam peringkat Mukim Berakas A nanti akan diadakan bertempat Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Kampung Lambak B dan dijangka dihadiri 300 peserta dan jemputan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan