Selasa, 17 Disember 2013

MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG LAMBAK 'B' ANJURKAN PERLUMBAAN TAMIYA

PERLUMBAAN TAMIYA TARIK MINAT PESERTA LUAR

Berita dan Foto:  Hamdanajib Domeng

BERAKAS, Ahad 1 Disember – Penggemar-penggemar kereta mini Tamiya hari ini dapat berintaraksi apabila Majlis Perundingan Kampung Lambak ‘B’ menganjurkan Perlumbaan ‘Tamiya Standard Original Stock’.

Kejohanan yang diadakan sehari itu telah menarik minat penggemar dan pelumba dari dalam dan luar negeri, iaitu dari Miri, Sarawak. Seramai 42 pelumba menyertai perlumbaan tersebut, dimana para peserta terpaksa melalui track yang sukar.

Pada akhir perlumbaan, juara perlumbaan kali ini di sandang oleh Muhaimin bin Zainal Abidin Dari pasukan Lambak X-Treme STO manakala tempat kedua dimenangi oleh Jong Chee Ming  dari pasukan Tamiya Mini 4WD Miri dan tempat ketiga juga dimenangi oleh Muhaimin bin Zainal Abidin Dari pasukan Lambak X-Treme STO

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ialah, Pengerusi MPK Kampung Lambak ‘B’, yang juga selaku Ketua Kampung Lambak ‘B’, Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abd Wahab.

Dalam satu temubual singkat dengan salah seorang peserta dari Miri iaitu Jong Chee Ming, beliau menyatakan ini adalah merupakan kali pertama pasukannya menyertai perlumbaan luar dari Miri, Sarawak. Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka dapat menyertai perlumbaan di luar daripada Miri.  Jelasnya lagi, ini merupakan suatu pengalaman yang amat beharga kerana dapat bertukar-tukar teknik dalam modifikasi kereta Tamiya Mini 4WD . “Saya berharap akan dapat menyertai lagi mana-mana pertandingan ini pada masa akan dating,” jelas Jong Chee Ming peserta yang berasal dari Miri, Sarawak.

Bagi Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ pula menjelaskan bahawa antara objektif mengadakan perlumbaan ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelumba dan penggemar sukan ini, di samping itu dapat bertukar-tukar pendapat mengenai dengan kaedah dan teknikal penggunaan kereta Tamiya dan mengambil pengalaman. Objektif perlumbaan ini juga adalah untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti atau kegiatan yang berfaedah sambil mempromosi sukan perlumbaan kereta Tamiya yang kini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penggemar-penggemarnya.  Di samping itu juga, aktiviti ini adalah untuk menarik penggemar sukan ini  khasnya kepada para belia untuk melibatkan diri ke arah aktiviti yang sihat.



GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERLAWANAN












 

 




















 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan