Sabtu, 13 Julai 2013

PERJUMPAAN AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG LAMBAK 'B'

PERJUMPAAN AHLI-AHLI
MAJLIS PERUNDINGAN  KAMPONG LAMBAK ‘B’
PADA 26 JUN 2013



Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ telah mengadakan perjumpaan rutin bagi membincangkan beberapa kegiatan yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan 1434 dan bulan-bulan berikutnya.  Perjumpaan ini diadakan sebagai menggantikan mesyuarat Majlis Perundingan Kampong yang sepatutnya menurut jadual diadakan setiap tiga bulan sekali tetapi belum dapat diadakan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Dalam perjumpaan tersebut, Ketua Kampong Lambak ‘B’ Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab selaku pengerusi antara lain menyampaikan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli MPK khususnya yang bergiat aktif dalam meneruskan beberapa aktiviti Majlis Perundingan Kampong.  Beliau juga menjelaskan bahawa selain dari aktiviti yang dilaksanakan secara berasingan yang dilaksanakan oleh Majlis Perundingan Kampong, beberapa aktiviti juga diadakan secara kegiatan bersama dengan Majlis Perundingan Mukim dan juga Majlis-Majlis Perundingan Kampong yang lain.  Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa beberapa aktviti yang dapat diungkayah akan terus dilaksanakan, antaranya Perlawanan Dart bagi merebut Piala sumbnagan Ketua Kampong Lambak ‘B’ yang dikendalikan oleh Biro Sukan dengan kerjasakan Persatuan Dart Kebangsaan akan diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2013 ini bertempat di Dewan Kemasyarakat 1 Rancangan Perpindahan Negara Lambak Kanan.  Sehubungan itu beliau berharap supaya ahli-ahli akan dapat hadir bersama bagi meramai-ramaikan perlawanan tersebut.


BEBERAPA AKTIVITI YANG DISERTAI

Beberapa aktiviti utama yang melibatkan Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ ialah Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam yangmana pada tahun 2013 ini Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ dengan kerjasama Majlis Perudingan kampong Lambak ‘A, Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak dan juga Persatuan Ibubapa Guru Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan majlis tersebut yang telah diadakan di hadapan Mall Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak pada hari Ahad 10 Februari 2013.

Dalam kegiatan-kegiatan yang lain, Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ juga sama-sama melibatkan diri dalam kempen kebersihan iaitu ‘Kempen Membisaikan Kampong Kitani’.  Kempen ini dilancarkan berpusat di Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak.
LAIN-LAIN AKTIVITI/KEGIATAN

(1)     Majlis Menaikkan Bendera

Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis Menaikkan Bendera sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ke 67 bagi Mukim Berakas ‘A’ dan ‘B’ akan diadakan pada 01 Julai 2013 bertempat di Dewan Kemasyarakatan 2 Rancangan Perpindahan Negara Lambak Kanan.  Oleh yang beliau berharap ahli-ahli yang telah dipilih supaya akan sama-sama dapat menghadirkan diri di majlis tersebut.

(2)     Penyampaian Sijil MPM/MPK

Satu majlis bagi menyampaikan sijil kepada Penasihat-Penasioihat dan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan  Majlis Perundingan Kampong akan diadakan di Dewan Canselora Universiti Brunei Darussalam pada hari Isnin 08 Julai 2013 bermula jam 8.00 pagi yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,  Penyampaian sijil-sijil disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

(3)     Anugerah Kampong Cemerlang (AKC)

Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ gagal dicalonkan untuk Anugerah Kampong Cemerlang meskipun MPK Lambak ‘B’ tersenarai menyampaikan penyampaian yang baik tetapi oleh kerana MPK Lambak ‘B’ tidak mempunyai satu produk satu kampong iaitu salah satu syarat untuk melayakkan Majlis-Majlis Perundingan Kampong untuk dipertandingkan ke peringkat Negara.  Pengerusi seterusnya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas penglibatan usaha yang ditunjukkan oleh ahli-ahli untuk berjaya dalam komitmen berkenaan.  Walau bagaimanapun, Majlis Perundingan Kampong SKTRJ Lambak Kiri telah dipilih bagi mewakili Mukim Berakas ‘A’ dicalonkan ke peringkat seterusnya Anugerah Kampong Cemerlang tersebut.

(4)     PENASIHAT MPK LAMBAK ‘B’

Pengerusi memaklumkan bahawa lantikan Awang Haji Mohd Zain bin Hj Md Salleh selaku Penasihat Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ masih lagi berkuatkuasa.  Walau bagaimanapun, sekiranya lantikan tersesbut telah mansuh beliau meminta cadangan nama-nama untuk dihadapkan bagi kelulusan.  Sehubungan dengan itu perjumpaan telah bersetuju menamakan calon-calon berikut untuk dihadapkan:

1.     Awang Haji Mohd Zain bin Hj Md Salleh
2.     Dato Paduka Awang Haji Zakaria bin Haji Ismail
3.     Awang Haji Hamzah bin Sulaiman, dan
4.     Awang Abd Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof

(5)     ISU SAMPAH

Pembuangan sampah yang tidak bersistematik dan tempat pembuangan adalah merupakan isu yang sering ditimbulkan oleh penduduk-penduduk setempat.  Walaupun ada usaha atau kempen kebersihan untuk mengurangkan isu sampah ini, namun ia bukanlah merupakan jalan keluar.  Sehubungan dengan itu Pengerusi meminta supaya dihadapkan beberapa kawasan yang sesuai untuk dicadangkan sebagai tempat pembuangan sampah sebagai contoh seperti di kawasan Kampong Tungku berdekatan dengan Pejabat Biro Kawalan Narkotik atau di kawasan RPN Kampong Rimba yang berdekatan dengan The Giants.  Sekiranya perkara ini dapat diusahakan, sekurang-kurangnya akan dapat sedikit sebanyaknya mengurangkan isu pembuangan sampah.  Di samping itu kesedaran terhadap pembuangan sampah yang selarah-larah perlulah dihindarkan demi kebisaian dan keselesaan mata memandang serta untuk sama-sama memelihara daripada sebarang jangkitan.

(6)     ISU-ISU LAIN

Berhubung dengan aktiviti senaman dan larian, sambutan Israk dan Mikraj,perkara ini diadakan secara bersama dengan lain-lain Majlis Perundingan Kampong di Mukim Berakas ‘A’ ini manakala sambutan Israk dan Mikraj kita masbuk sahaja dengan Jawatankuasa Takmir Masjid yang mengadakan majlis tersebut.

Isu mengenai dengan Sukan Antara Mukim-Mukim, perkara ini akan diteliti dengan lebih lanjut dengan pihak-pihak lain.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan