Rabu, 7 November 2012


PENGENALAN

Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ adalah sebuah kampong yang termasuk dalam Mukim Berakas ‘A’ dengan keramaian penduduknya berjumlah 3,144 orang yang terdiri daripada 1,571 orang lelaki, 1,574 orang perempuan. Manakala terdapat sebanyak 695 buah rumah persendirian, 24 buah rumah teres dan sebuah flat (pangsa kerajaan). Selain itu terdapat juga sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Dato Mahawangsa, Lambak dan sebuah sekolah swasta iaitu Sekolah Tunas Jaya PGGMB, kompleks-kompleks perniagaan, stesen pam minyak, bengkel pembaikpulih kenderaan, bangunan telekom.  Di samping itu terdapat juga kompleks perindustrian dan sebuah tapak perkuburan Islam.

Pandangan udara sebahagian dari Kampong Lambak 'B'
NOTA:  LAMBAK 'A' baca sebagai LAMBAK 'B' dan LAMBAK 'B' baca sebagai MADANG

Dengan garispandu digariskan, pengurusan kampong diketuai oleh Ketua Kampong dengan dibantu oleh sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ yang berfungsi bagi memenuhi kehendak yang terdapat di dalam buku Institusi Penghulu dan Ketua Kampong yang mana Majlis ini akan merancang beberapa perancangan dan kegiatan dalam kalendar kegiatan setahun yang disusun dalam perjumpaan dan permesyuaratan yang diadakan dengan mengambilkira bahawa perancangan yang telah disusun itu tidaklah semestinya dapat dilaksanakan tetapi adalah tertakluk kepada keutamaan dan kemampuan.



AHLI-AHLI 
MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG LAMBAK ‘B’
SESI 2012-2017

PENGERUSI
Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul wahab
Ketua Kampong Lambak ‘B’

TIMBALAN PENGERUSI
Awang Haji Nordin bin Buyong

SETIAUSAHA
Pengiran Jufri bin Pg Haji Zaidi

BENDAHARI
Pengiran Haji Mohd Yusof bin Pg Salimin

PENOLONG SETIAUSAHA
Awang Haji Duming @ Haji Domeng bin Haji Abdul Wahab

AHLI-AHLI
Awang Haji Tuah bin Haji Apong
Pg Haji Md Yusra bin Pg Haji Md Yusof
Awang Lim Tian Poh
Awang Chong Yun Ming
Awang Haji Mohd Don bin Haji Samat
Awang Nazri bin Haji Mantin
Dayang Hajah Masnah bt Norshahbudin
Dayang Hajah Masni bt Haji Besar
Dayang Muzdalipah bt Haji Abd Rakib
Dayang Hajah Menlah bt Haji Abas
Dayang Siti Amidah bt Norshahbudin
Dayang Hajah Siti Zairani bt Haji Mohammad Jair

Bergambar ramai selepas majlis pemilihan bagi sesi 2012-2017

DUDUK DARI KIRI:
Awang Haji Tuah bin Haji Apong, Pengiran Haji Mohd Yusof bin Pg Salimin, Awang Haji Nordin bin Buyong, Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab (Ketua Kampong Lambak ‘B’), Pengiran Jufri bin Pg Haji Zaidi, Awang Haji Duming @ Haji Domeng bin Haji Abdul Wahab

BERDIRI DARI KIRI:
Awang Chong Yun Ming, Awang Haji Mohd Don bin Haji Samat, Awang Nazri bin Haji Mantin, Awang Lim Tian Poh,  Dayang Hajah Masni bt Haji Besar, Dayang Hajah Masnah bt Norshahbudin, Dayang Muzdalipah bt Haji Abd Rakib, Dayang Hajah Menlah bt Haji Abas, Dayang Siti Amidah bt Norshahbudin, Dayang Hajah Siti Zairani bt Haji Mohammad Jair
(tidak ada dalam gambar: Pg Hj Md Yusra bin Pg Hj Md Yusof)



BIRO-BIRO
   Bagi membantu pengurusan pentadbiran, Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ telah membentuk beberapa Biro yang dihasratkan akan dapat membantu dalam melaksanakan fungsi dan aktviti Majlis Perundingan Kampong sebagaimana yang telah ditentukan. Ahli-ahli yang dilantik adalah seperti berikut :

BIRO AGAMA DAN BELIA
  Pg Haji Md Yusra bin Pg Haji Md Yusof
  Dayang Siti Amidah bt Norshahbudin

BIRO WANITA
  Dayang Hajah Masni bt Haji Besar
  Dayang Muzdalipah bt Haji Abd Rakib
 Dayang Hajah Masnah bt Norshahbudin

BIRO SUKAN DAN KEGIATAN
  Awang Haji Tuah bin Haji Apong
  Awang Nazri bin Haji Mantin

BIRO KEBUDAYAAN DAN LAWATAN
  Awang Haji Mohd Dun bin Haji Samat
  Dayang Hajah Siti Zairani bt Haji Mohammad Jair

BIRO EKONOMI
  Awang Lim Tian Poh
  Awang Chong Yun Min
  Dayang Hajah Menlah bt Haji Abas

NOTA:   Ketua Kampong selaku Pengerusi kepada Majlis ini akan mengetuai ahli-ahli yang lain yang tidak menjadi Ahli dalam Biro yang dibentuk itu mempunyai fungsi memantau, membantu  dan memberikan khidmat nasihat kepada Biro-Biro yang memerlukan.


PENGURUSAN

PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI
SETIAUSAHA
 BENDAHARI
  PENOLONG SETIAUSAHA
  AHLI-AHLI
                             
BIRO-BIRO
       
AGAMA DAN BELIA  -   WANITA  -   SUKAN DAN     KEGIATAN  -   KEBUDAYAAN DAN LAWATAN  -  EKONOMI


SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan diperolehi secara kutipan semasa dan bermusim iaitu sekiranya terdapat keperluan seperti bantuan kepada anak-anak yatim atau lain-lain jika diperlukan akan dibuat secara kutipan di kalangan ahli MajlisWalaupun demikian, terdapat jua kutipan khusus yang melibatkan kepada warga kampong seperti berlakunya dua kebakaran di Kampong Lambak ‘B’.  Dalam kejadian kebakaran yang pertama lebih dari $1,300.00 sumbangan penduduk kampong telah dapat dikumpulkan dan kewanagan hasil dari kutipan tersebut telah diserahkan langsung kepada ketua keluarga mangsa kebakaran yang terlibat.   Manakala dalam kejadian kebakaran kedua yang berlaku pada 11 Mac 2011, sebanyak lebih $2,800.00 telah dikumpulkan dan hasil kutipan/sumbangan tersebut telah diagihkan secara berperingkat iaitu dengan membelikan bahan material bagi keperluan membaikpulih rumah yang berkenaan yang dikendalikan oleh Bendahari Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ berdasarkan kepada permohonan yang dibuat oleh ketua keluarga mangsa kebakaran.


                FOTO-FOTO KEGIATAN



















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan