Selasa, 17 Disember 2013

MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG LAMBAK 'B' ANJURKAN PERLUMBAAN TAMIYA

PERLUMBAAN TAMIYA TARIK MINAT PESERTA LUAR

Berita dan Foto:  Hamdanajib Domeng

BERAKAS, Ahad 1 Disember – Penggemar-penggemar kereta mini Tamiya hari ini dapat berintaraksi apabila Majlis Perundingan Kampung Lambak ‘B’ menganjurkan Perlumbaan ‘Tamiya Standard Original Stock’.

Kejohanan yang diadakan sehari itu telah menarik minat penggemar dan pelumba dari dalam dan luar negeri, iaitu dari Miri, Sarawak. Seramai 42 pelumba menyertai perlumbaan tersebut, dimana para peserta terpaksa melalui track yang sukar.

Pada akhir perlumbaan, juara perlumbaan kali ini di sandang oleh Muhaimin bin Zainal Abidin Dari pasukan Lambak X-Treme STO manakala tempat kedua dimenangi oleh Jong Chee Ming  dari pasukan Tamiya Mini 4WD Miri dan tempat ketiga juga dimenangi oleh Muhaimin bin Zainal Abidin Dari pasukan Lambak X-Treme STO

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ialah, Pengerusi MPK Kampung Lambak ‘B’, yang juga selaku Ketua Kampung Lambak ‘B’, Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abd Wahab.

Dalam satu temubual singkat dengan salah seorang peserta dari Miri iaitu Jong Chee Ming, beliau menyatakan ini adalah merupakan kali pertama pasukannya menyertai perlumbaan luar dari Miri, Sarawak. Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka dapat menyertai perlumbaan di luar daripada Miri.  Jelasnya lagi, ini merupakan suatu pengalaman yang amat beharga kerana dapat bertukar-tukar teknik dalam modifikasi kereta Tamiya Mini 4WD . “Saya berharap akan dapat menyertai lagi mana-mana pertandingan ini pada masa akan dating,” jelas Jong Chee Ming peserta yang berasal dari Miri, Sarawak.

Bagi Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ pula menjelaskan bahawa antara objektif mengadakan perlumbaan ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelumba dan penggemar sukan ini, di samping itu dapat bertukar-tukar pendapat mengenai dengan kaedah dan teknikal penggunaan kereta Tamiya dan mengambil pengalaman. Objektif perlumbaan ini juga adalah untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti atau kegiatan yang berfaedah sambil mempromosi sukan perlumbaan kereta Tamiya yang kini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penggemar-penggemarnya.  Di samping itu juga, aktiviti ini adalah untuk menarik penggemar sukan ini  khasnya kepada para belia untuk melibatkan diri ke arah aktiviti yang sihat.



GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERLAWANAN












 

 




















 








Isnin, 15 Julai 2013

PERADUAN DART

PERADUAN DART ANJURAN MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG LAMBAK 'B' DENGAN KERJASAMA BROKEN ARROW DARTES BAGI MEREBUT PIALA KETUA KAMPONG LAMBAK 'B'


Majlis Perundingan Kampong Lambak 'B' dengan kerjasama Broken Arrow Dartes telah menganjurkan perlawanan dart bagi merebut piala yang disumbangkan oleh Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab, Ketua Kampong Lambak 'B'.  Perlawangan ini adalah sebagai sebahagian dari aktiviti Majlis Perundingan Kampong Lambak 'B' yang dikendalikan oleh Biro Sukan MPK Lambak 'B' dan diadakan pada 05 julai 2013 hingga 07 Julai 2013 bertempat di Dewan Kemasyarakatan I Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan.  

Perlawanan telah dilancarkan sendiri oleh Ketua Kampong Lambak 'B' pada hari Jumaat malam 05 Julai 2013.  Kira-kira 70 penyertaan telah menyertai perlawangan tersebut. Perlawanan akhir dilangsung pada hari Ahad malam.  Keputusan perlawanan tersebut Pasukan BAD dari Kuala Belait telah menjadi juara dan merebut piala sumbangan manakala tempat kedua dimenangi oleh Pasukan MEOW dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasuka Broken Arrow Dartes.  Piala rebutan dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat iaitu Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab, Ketua Kampong Lambak 'B'.