Mukim
Berakas 'A' adakan
Majlis Menaikkan Bendera Kebangsaan
Majlis Menaikkan Bendera Kebangsaan
BERAKAS, Ahad, 10
Februari 2013. – Dalam kita sama-sama menyemarakkan lagi semangat patriotik, Majlis
Perundingan Mukim Berakas ‘A’ telah mengadakan Majlis Menaikkan Bendera sempena menjelang
Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-29 Tahun yang dikendalikan
bersama oleh Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’, Majlis Perundingan Kampong
Lambak ‘A’, Jawatankuasa Takmir Masjid Lambak, PIBG SRMDMW Lambak dan Persatuan
Belia Lambak (PERBEKAL).
Majlis
Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam diadakan di hadapan Mall Sekolah Rendah Datu Mahawangsa Lambak, Jalan
Pasir Berakas.
Majlis
bermula dengan bacaan Surah Al-fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam
Masjid Lambak, Awang Haji Ashraf bin Haji Bujang.
Acara
seterusnya dengan perarakan masuk rombongan pembawa Bendera Negara Brunei
Darussalam oleh belia-belia serta ahli-ahli Pengakap Laut Sekolah Menengah
Berakas.
Ketua
rombongan pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam kemudiannya diserahkan
kepada Tetamu Kehormat, Ak Kamal Ariffin
bin Pg Hj Mohd Yasin, selaku wakil peribadi Pegawai Daerah Brunei Muara, Awang Haji
Jamain bin Momin yang seterusnya menyerahkannya kepada Ketua Kampung Lambak 'B',
Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab untuk dinaikkan oleh Pasukan
Pengakap Laut dari Sekolah Menengah Berakas dengan diiringi oleh Lagu
Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dinyanyikan mereka yang hadir dan
kumpulan koir murid-murid Sekolah Rendah Datu Mahawangsa Lambak.
Selepas upacara menaikkan bendera,
persembahan oleh Kumpulan Pg Hjh Rashidah dan diakhiri dengan persembahan dikir
oleh Kumpulan Dikir Masjid Lambak. Majlis
berakhir dengan bacaan doa selamat disemppurnakan oleh Imam Masjid Lambak Awang
Haji Ashraf bin Haji Bujang.
Turut hadir di majlis itu Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Berakas 'A' dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong-Kampong di bawah Mukim Berakas ‘A’ serta penduduk sekitarnya.
FOTO SEKITAR UPACARA MENAIKKAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PADA HARI AHAD 29 RABIULAWAL 1434 BERSAMAAN 10 FEBRUARI 2013
Berita dan Foto : Hamdanajib Domeng
Tiada ulasan:
Catat Ulasan