Rabu, 10 April 2013

KETUA KAMPONG LAMBAK 'B' MEMPERINGATI ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN KE-70 TAHUN 
PADA 10 APRIL 2013 
Mangrove Z'yan Restaurant, Simpang 912, Kampong Sungai Belukut, Jalan Kota Batu, Brunei Darussalam.



  








PERADUAN DIKIR LAMA BRUNEI

MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG LAMBAK 'B' MENGANJURKAN PERADUAN DIKIR LAMA BRUNEI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-29 TAHUN PADA HARI AHAD 17 MAC 2013 BERTEMPAT DI MASJID LAMBAK



   Pasukan Dikir Al-Muhafizun dari Mukim Pengkalan Batu yang menjuarai peraduan berkenaan

Majlis Perundingan Kampong Lambak 'B' mengambil sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-29 Tahun Negara Brunei Darussalam telah menganjur Peraduan Dikir Brunei Lama bagi Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampong di Daerah Brunei dan Muara.  Majlis tersebut diadakan pada 17 Mac 2013 di Masjlid Lambak, Jalan Pasir Berakas, Negara Brunei Darussalam.  

Peraduan Dikir ini adalah merupakan satu daripada kegiatan berterusan Majlis Perundingan Kampong Lambak 'B'.  Seramai tujuh buah pasukan telah menyertai peraduan tersebut.  Lagu Badat Nurjala telah dipilih untuk dipertandingkan yang dihakimi menerusi empat sudut iaitu suara, lagu, fasih lancar dan tertib.  Pertandingan dihakimkan oleh tiga orang hakim yang dipilih oleh Jawatankuasa Penyelanggara.

Penyampaian hadiah kepada pasukan Al-Muhafizun dari Mukim Pengakal Batu yang menjadi juara telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Yang Mulia Pengiran Othman bin Pengiran Karim, Pemangku Penolong Pengarah Daerah, Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan.

Jawatankuasa Penyelanggara menyampaikan terima kasih kepada Tetamu Kehormat, pasukan-pasukan dikir yang menyertai dan Ahli-ahli Jawatankuasa serta individu yang telah sama-sama menjayakan peraduan tersebut.

Isnin, 1 April 2013

KEMPEN KEBERSIHAN 'BISAIKAN KAMPUNG KITANI'

SEBAHAGIAN DARI FOTO-FOTO SEMASA KEMPEN KEBERSIHAN 'BISAIKAN KAMPUNG KITANI'



 





















KERATAN AKHBAR 
'Pelita Brunei' keluaran 03 April 2013
dan Borneo Bulletin keluaran 01 April 2013






Pengerusi Bersama memberikan ucapan alu-aluan 


Bacaan Al-fatihah dan doa disempurnakan oleh Ketua Imam Masjid Lambak