Ahad, 17 Februari 2013

PENGLIBATAN DENGAN KEGIATAN PENGAKAP

PETIKAN:
Perlawanan Futsal pengakap Daerah Brunei dan Muara

MUKIM BERAKAS, Ahad 17 Februari 2013 Pasukan Pengakap 1035 Sekolah Menengah PDSM Mentiri menjuarai Kejohanan Liga Futsal Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara (PPDBM) 2012 selepas menjuarai Liga PPDBM 2013 dengan mengumpul 9 mata, yang diadakan di Padang Sekolah Rendah Datu Mahawangsa Lambak, Jalan Pasir Berakas di sini.

Hadir menyaksikan dan seterusnya menyampaikan hadiah ialah Ketua Kampung Lambak ‘B’, Yang Mulia Mejar (B) Haji Mohd Jair bin Haji Abd Wahab, selaku pengerusi Majlis Perundingan Kampung Lambak ‘B’.


Tetamu Kehormat bergambar ramai dengan peserta-peserta perlawanan futsal 

LAIN-LAN FOTO 






Ahad, 10 Februari 2013

PRESS RELEASE


Mukim Berakas 'A' adakan
Majlis Menaikkan Bendera Kebangsaan


BERAKAS, Ahad, 10 Februari 2013. – Dalam kita sama-sama menyemarakkan lagi semangat patriotik, Majlis Perundingan Mukim Berakas ‘A’ telah mengadakan  Majlis Menaikkan Bendera sempena menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-29 Tahun yang dikendalikan bersama oleh Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’, Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘A’, Jawatankuasa Takmir Masjid Lambak, PIBG SRMDMW Lambak dan Persatuan Belia Lambak (PERBEKAL).

Majlis Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam diadakan di hadapan Mall  Sekolah Rendah Datu Mahawangsa Lambak, Jalan Pasir Berakas.
Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Masjid Lambak, Awang Haji Ashraf bin Haji Bujang.

Acara seterusnya dengan perarakan masuk rombongan pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam oleh belia-belia serta ahli-ahli Pengakap Laut Sekolah Menengah Berakas.

Ketua rombongan pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam kemudiannya diserahkan kepada Tetamu Kehormat,  Ak Kamal Ariffin bin Pg Hj Mohd Yasin, selaku wakil peribadi Pegawai Daerah Brunei Muara, Awang Haji Jamain bin Momin yang seterusnya menyerahkannya kepada Ketua Kampung Lambak 'B', Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab untuk dinaikkan oleh Pasukan Pengakap Laut dari Sekolah Menengah Berakas dengan diiringi oleh Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dinyanyikan mereka yang hadir dan kumpulan koir murid-murid Sekolah Rendah Datu Mahawangsa Lambak.

Selepas upacara menaikkan bendera, persembahan oleh Kumpulan Pg Hjh Rashidah dan diakhiri dengan persembahan dikir oleh Kumpulan Dikir Masjid Lambak.  Majlis berakhir dengan bacaan doa selamat disemppurnakan oleh Imam Masjid Lambak Awang Haji Ashraf bin Haji Bujang.

Turut hadir di majlis itu Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Berakas 'A' dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong-Kampong di bawah Mukim Berakas ‘A’ serta penduduk sekitarnya.


FOTO SEKITAR UPACARA MENAIKKAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PADA HARI AHAD 29 RABIULAWAL 1434 BERSAMAAN 10 FEBRUARI 2013

  
                     
        
 

            
 
 
 












              




                    


              



Berita dan Foto : Hamdanajib Domeng