PERJUMPAAN AHLI-AHLI
MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG LAMBAK ‘B’
PADA 26 JUN 2013
Ahli-ahli
Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ telah mengadakan perjumpaan rutin bagi
membincangkan beberapa kegiatan yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan
1434 dan bulan-bulan berikutnya. Perjumpaan
ini diadakan sebagai menggantikan mesyuarat Majlis Perundingan Kampong yang
sepatutnya menurut jadual diadakan setiap tiga bulan sekali tetapi belum dapat
diadakan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
Dalam
perjumpaan tersebut, Ketua Kampong Lambak ‘B’ Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin
Haji Abdul Wahab selaku pengerusi antara lain menyampaikan ucapan terima kasih
kepada Ahli-ahli MPK khususnya yang bergiat aktif dalam meneruskan beberapa
aktiviti Majlis Perundingan Kampong.
Beliau juga menjelaskan bahawa selain dari aktiviti yang dilaksanakan
secara berasingan yang dilaksanakan oleh Majlis Perundingan Kampong, beberapa
aktiviti juga diadakan secara kegiatan bersama dengan Majlis Perundingan Mukim
dan juga Majlis-Majlis Perundingan Kampong yang lain. Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa
beberapa aktviti yang dapat diungkayah akan terus dilaksanakan, antaranya
Perlawanan Dart bagi merebut Piala sumbnagan Ketua Kampong Lambak ‘B’ yang
dikendalikan oleh Biro Sukan dengan kerjasakan Persatuan Dart Kebangsaan akan
diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2013 ini bertempat di Dewan Kemasyarakat 1
Rancangan Perpindahan Negara Lambak Kanan.
Sehubungan itu beliau berharap supaya ahli-ahli akan dapat hadir bersama
bagi meramai-ramaikan perlawanan tersebut.
BEBERAPA AKTIVITI YANG DISERTAI
Beberapa
aktiviti utama yang melibatkan Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ ialah
Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam yangmana pada tahun 2013 ini
Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ dengan kerjasama Majlis Perudingan
kampong Lambak ‘A, Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak dan juga Persatuan
Ibubapa Guru Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak telah diberi kepercayaan
untuk mengendalikan majlis tersebut yang telah diadakan di hadapan Mall Sekolah
Rendah Dato Mahawangsa Lambak pada hari Ahad 10 Februari 2013.
Dalam
kegiatan-kegiatan yang lain, Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ juga
sama-sama melibatkan diri dalam kempen kebersihan iaitu ‘Kempen Membisaikan
Kampong Kitani’. Kempen ini dilancarkan
berpusat di Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak.
LAIN-LAIN AKTIVITI/KEGIATAN
(1) Majlis Menaikkan Bendera
Pengerusi
memaklumkan bahawa Majlis Menaikkan Bendera sempena Hari Keputeraan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ke 67 bagi Mukim Berakas ‘A’ dan ‘B’ akan diadakan pada
01 Julai 2013 bertempat di Dewan Kemasyarakatan 2 Rancangan Perpindahan Negara
Lambak Kanan. Oleh yang beliau berharap
ahli-ahli yang telah dipilih supaya akan sama-sama dapat menghadirkan diri di
majlis tersebut.
(2) Penyampaian Sijil MPM/MPK
Satu
majlis bagi menyampaikan sijil kepada Penasihat-Penasioihat dan ahli-ahli
Majlis Perundingan Mukim dan Majlis
Perundingan Kampong akan diadakan di Dewan Canselora Universiti Brunei
Darussalam pada hari Isnin 08 Julai 2013 bermula jam 8.00 pagi yang
dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penyampaian sijil-sijil disempurnakan oleh
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
(3) Anugerah Kampong Cemerlang (AKC)
Pengerusi
memaklumkan bahawa Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ gagal dicalonkan untuk
Anugerah Kampong Cemerlang meskipun MPK Lambak ‘B’ tersenarai menyampaikan
penyampaian yang baik tetapi oleh kerana MPK Lambak ‘B’ tidak mempunyai satu
produk satu kampong iaitu salah satu syarat untuk melayakkan Majlis-Majlis
Perundingan Kampong untuk dipertandingkan ke peringkat Negara. Pengerusi seterusnya mengambil kesempatan
mengucapkan terima kasih atas penglibatan usaha yang ditunjukkan oleh ahli-ahli
untuk berjaya dalam komitmen berkenaan.
Walau bagaimanapun, Majlis Perundingan Kampong SKTRJ Lambak Kiri telah
dipilih bagi mewakili Mukim Berakas ‘A’ dicalonkan ke peringkat seterusnya
Anugerah Kampong Cemerlang tersebut.
(4) PENASIHAT MPK LAMBAK
‘B’
Pengerusi
memaklumkan bahawa lantikan Awang Haji Mohd Zain bin Hj Md Salleh selaku
Penasihat Majlis Perundingan Kampong Lambak ‘B’ masih lagi berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, sekiranya lantikan
tersesbut telah mansuh beliau meminta cadangan nama-nama untuk dihadapkan bagi
kelulusan. Sehubungan dengan itu
perjumpaan telah bersetuju menamakan calon-calon berikut untuk dihadapkan:
1. Awang Haji Mohd Zain
bin Hj Md Salleh
2. Dato Paduka Awang Haji
Zakaria bin Haji Ismail
3. Awang Haji Hamzah bin
Sulaiman, dan
4. Awang Abd Mutalib bin
Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof
(5)
ISU SAMPAH
Pembuangan sampah yang
tidak bersistematik dan tempat pembuangan adalah merupakan isu yang sering
ditimbulkan oleh penduduk-penduduk setempat.
Walaupun ada usaha atau kempen kebersihan untuk mengurangkan isu sampah
ini, namun ia bukanlah merupakan jalan keluar.
Sehubungan dengan itu Pengerusi meminta supaya dihadapkan beberapa
kawasan yang sesuai untuk dicadangkan sebagai tempat pembuangan sampah sebagai
contoh seperti di kawasan Kampong Tungku berdekatan dengan Pejabat Biro Kawalan
Narkotik atau di kawasan RPN Kampong Rimba yang berdekatan dengan The
Giants. Sekiranya perkara ini dapat
diusahakan, sekurang-kurangnya akan dapat sedikit sebanyaknya mengurangkan isu
pembuangan sampah. Di samping itu
kesedaran terhadap pembuangan sampah yang selarah-larah perlulah dihindarkan
demi kebisaian dan keselesaan mata memandang serta untuk sama-sama memelihara
daripada sebarang jangkitan.
(6)
ISU-ISU LAIN
Berhubung dengan
aktiviti senaman dan larian, sambutan Israk dan Mikraj,perkara ini diadakan
secara bersama dengan lain-lain Majlis Perundingan Kampong di Mukim Berakas ‘A’
ini manakala sambutan Israk dan Mikraj kita masbuk sahaja dengan Jawatankuasa
Takmir Masjid yang mengadakan majlis tersebut.
Isu mengenai dengan
Sukan Antara Mukim-Mukim, perkara ini akan diteliti dengan lebih lanjut dengan
pihak-pihak lain.