PENGENALAN
Majlis Perundingan
Kampong Lambak ‘B’ adalah sebuah
kampong yang termasuk dalam Mukim Berakas ‘A’ dengan keramaian penduduknya berjumlah
3,144 orang yang terdiri daripada
1,571 orang lelaki,
1,574 orang perempuan. Manakala terdapat sebanyak 695 buah rumah persendirian, 24 buah rumah teres dan sebuah flat
(pangsa kerajaan). Selain itu terdapat juga sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Dato Mahawangsa, Lambak dan sebuah sekolah swasta iaitu Sekolah
Tunas Jaya PGGMB, kompleks-kompleks perniagaan, stesen pam minyak, bengkel pembaikpulih kenderaan, bangunan telekom. Di samping itu terdapat juga kompleks perindustrian dan sebuah tapak perkuburan
Islam.
Pandangan udara sebahagian dari Kampong Lambak 'B'
NOTA: LAMBAK 'A' baca sebagai LAMBAK 'B' dan LAMBAK 'B' baca sebagai MADANG
Dengan garispandu digariskan, pengurusan kampong diketuai oleh Ketua
Kampong dengan dibantu oleh sebuah majlis yang
dikenali sebagai Majlis Perundingan
Kampong Lambak ‘B’ yang berfungsi bagi memenuhi kehendak yang
terdapat di dalam buku Institusi Penghulu dan Ketua
Kampong yang mana Majlis ini akan merancang beberapa perancangan dan kegiatan dalam kalendar kegiatan setahun yang disusun dalam perjumpaan dan permesyuaratan yang diadakan dengan mengambilkira bahawa perancangan yang telah disusun itu tidaklah semestinya dapat dilaksanakan tetapi adalah tertakluk kepada keutamaan dan kemampuan.
AHLI-AHLI
MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG
LAMBAK ‘B’
SESI 2012-2017
PENGERUSI
Mejar (B)
Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul wahab
Ketua
Kampong Lambak ‘B’
TIMBALAN
PENGERUSI
Awang Haji
Nordin bin Buyong
SETIAUSAHA
Pengiran Jufri bin Pg Haji
Zaidi
BENDAHARI
Pengiran Haji
Mohd Yusof bin Pg Salimin
PENOLONG
SETIAUSAHA
Awang Haji
Duming @
Haji Domeng bin
Haji Abdul Wahab
AHLI-AHLI
Awang Haji
Tuah bin
Haji Apong
Pg Haji
Md Yusra bin Pg Haji
Md Yusof
Awang Lim Tian Poh
Awang
Chong Yun Ming
Awang Haji
Mohd Don
bin Haji Samat
Awang Nazri bin
Haji Mantin
Dayang Hajah Masnah bt Norshahbudin
Dayang Hajah Masni bt Haji
Besar
Dayang Muzdalipah bt Haji
Abd Rakib
Dayang Hajah Menlah bt Haji
Abas
Dayang Siti Amidah bt Norshahbudin
Dayang Hajah Siti Zairani bt Haji
Mohammad Jair
Bergambar ramai selepas majlis pemilihan bagi sesi 2012-2017
DUDUK DARI KIRI:
Awang Haji Tuah bin Haji Apong, Pengiran Haji Mohd Yusof bin Pg Salimin, Awang Haji Nordin bin Buyong, Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab (Ketua Kampong Lambak ‘B’), Pengiran Jufri bin Pg Haji Zaidi, Awang Haji Duming @ Haji Domeng bin Haji Abdul Wahab
BERDIRI DARI KIRI:
Awang Chong Yun Ming, Awang Haji Mohd Don bin Haji Samat, Awang Nazri bin Haji Mantin, Awang Lim Tian Poh, Dayang Hajah Masni bt Haji Besar, Dayang Hajah Masnah bt Norshahbudin, Dayang Muzdalipah bt Haji Abd Rakib, Dayang Hajah Menlah bt Haji Abas, Dayang Siti Amidah bt Norshahbudin, Dayang Hajah Siti Zairani bt Haji Mohammad Jair
(tidak ada dalam gambar: Pg Hj Md Yusra bin Pg Hj Md Yusof)
BIRO-BIRO
Bagi membantu pengurusan pentadbiran, Majlis Perundingan
Kampong Lambak ‘B’ telah membentuk beberapa Biro
yang dihasratkan akan dapat membantu dalam melaksanakan fungsi dan aktviti Majlis Perundingan
Kampong sebagaimana yang
telah ditentukan. Ahli-ahli yang
dilantik adalah seperti berikut :
BIRO AGAMA DAN BELIA
Pg Haji
Md Yusra bin Pg Haji
Md Yusof
Dayang Siti Amidah bt Norshahbudin
BIRO WANITA
Dayang Hajah Masni bt Haji
Besar
Dayang Muzdalipah bt Haji
Abd Rakib
Dayang Hajah Masnah bt Norshahbudin
BIRO
SUKAN DAN KEGIATAN
Awang Haji
Tuah bin
Haji Apong
Awang Nazri bin
Haji Mantin
BIRO
KEBUDAYAAN DAN LAWATAN
Awang Haji
Mohd Dun
bin Haji Samat
Dayang Hajah Siti Zairani bt Haji
Mohammad Jair
BIRO
EKONOMI
Awang Lim Tian Poh
Awang
Chong Yun Min
Dayang Hajah Menlah bt Haji
Abas
NOTA: Ketua
Kampong selaku Pengerusi kepada Majlis ini akan mengetuai ahli-ahli yang
lain yang tidak menjadi Ahli dalam Biro yang dibentuk itu mempunyai fungsi memantau, membantu dan memberikan khidmat nasihat kepada
Biro-Biro yang memerlukan.
PENGURUSAN
PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI
PENOLONG SETIAUSAHA
AHLI-AHLI
BIRO-BIRO
AGAMA DAN BELIA -
WANITA - SUKAN DAN
KEGIATAN - KEBUDAYAAN DAN LAWATAN -
EKONOMI
SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan diperolehi secara kutipan semasa dan bermusim iaitu sekiranya terdapat keperluan seperti bantuan kepada anak-anak yatim atau
lain-lain jika diperlukan akan dibuat secara kutipan di kalangan ahli Majlis. Walaupun demikian, terdapat jua kutipan khusus yang
melibatkan kepada warga
kampong seperti berlakunya dua kebakaran di
Kampong Lambak
‘B’. Dalam kejadian kebakaran yang
pertama lebih dari
$1,300.00 sumbangan penduduk
kampong telah dapat dikumpulkan dan kewanagan hasil dari kutipan tersebut telah diserahkan langsung kepada ketua keluarga mangsa kebakaran yang
terlibat. Manakala dalam kejadian kebakaran kedua yang
berlaku pada 11
Mac 2011, sebanyak lebih
$2,800.00 telah dikumpulkan dan hasil kutipan/sumbangan tersebut telah diagihkan secara berperingkat iaitu dengan membelikan bahan
material bagi keperluan membaikpulih rumah yang
berkenaan yang
dikendalikan oleh Bendahari Majlis Perundingan
Kampong Lambak ‘B’ berdasarkan kepada permohonan yang
dibuat oleh ketua keluarga mangsa kebakaran.
FOTO-FOTO KEGIATAN